Friday, February 25, 2011

Doxa Trofeo 120th Anniversary Limited Edition

 Doxa cukup terkenal dengan jam diver mereka. Berbeza dengan model Sub lagenda mereka, Doxa Sub pasaran Asia jauh berbeza designnya, spesifikasi mahupun harganya. Model ini bukanlah model Sub, tapi adalah model Trofeo. Namun bukanlah sebarang Trofeo kerana ia adalah model limited edition.


 Rupanya dressy & casual. Cantik untuk digayakan ke tempat kerja mahupun majlis keramaian. Model yang dipaparkan ini merupakan model edisi terhad sempena 120 tahun penubuhan Doxa semenjak tahun 1889. Model ini dikeluarkan pada tahun 2009 khas untuk meraikan kejayaan pengekalan penubuhan mereka atas muka bumi.


 Ia diberi sentuhan PVD coating pada keseluruhan casing termasuklah bracelet. Dengan dial yang juga berwarna hitam, ia tampak kacak untuk digayakan.


 Paduan corak dial tenggelam timbul menimbulkan suasana yang indah untuk dipandang. Paparannya dibuat sesuai dengan konsep yang ingin diketengahkan pada jam ini. 


 Cerminnya adalah dari jenis sapphire.


 Kekemasan butterfly clasp ini memudahkan pemakaian jam & memastikan penguncian yang kemas.


Caseback dibuat dengan begitu baik & info digarap sesuai dengan keadaan jam ini. Movement yang digunakan adalah dari ETA 2824 yang merupakan movement yang cukup dipercayai & reliable.


Jenama: Doxa
Model: Trofeo
Casing: 
  • Stainless steel dengan PVD coating
Movement: ETA 2824
Tali: bracelet
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.
Harga: - SOLD -


Oris William F1 Skeleton

Lihat kepada bentuk jam ni pasti sudah boleh tahu jenama & model jam ni. Ia adalah Oris model William F1 versi skeleton. Ia adalah kerana model ini menampakkan movementnya. Keadaannya memuaskan hati.


Casing stainless steel berdiameter 40mm (tidak termasuk crown). Keadaan bracelet memuaskan dengan bahagian polished di tengahnya. Selesa di pergelangan tangan.


Ia menggunakan cermin sapphire. Rupa skeleton jelas dengan penampakan movement di dalamnya. Date wheel pun jelas kelihatan... jadi bagaimana nak tahu bacaan tarikhnya.. Penunjuknya (anak panah merah) ada di pukul 6. 


Caseback jenis see thro yang menampakkan movementnya. Ia menggunkakan Calibre 733 yang diasaskan dari movement Selitta SW200. 


Disebabkan tiada banyak gambar yang aku dapat... 
Aku sertakan video jam model ini yang diambil dari youtube 



Jenama: Oris
Model: William F1 skeleton
Casing: 
  • Stainless steel.
  • Diameter 40mm (tidak termasuk crown)
Movement: Caliber 733
Tali: Bracelet
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.
Harga: - SOLD -


Thursday, February 24, 2011

Citizen Eco-Drive Perpetual Calendar BT0070-01A

 Ia merupakan satu jam yang cukup anggun, cantik & sangat casual. Rupanya itu menampilkan ciri-ciri yang mewah. Mampu memberikan rupa yang matang, segak & bergaya kepada pemakainya...


 Casing stainless steel berkeadaan sangat baik. Mempunyai diameter 44mm (tidak termasuk crown). Mempunyai 2 versi sahaja pengeluarannya. Ia merupakan model Eco-Drive yang hanya memerlukan suntikan cahaya sebagai sumber tenaga penggeraknya. Dengan cas penuh, ia mampu mempunyai power reserve selama 365 hari! Jika tenaga tidak mencukupi & perlu dicas, ia akan memberikan penunjuk tertentu (warning).


Ia menggunakan cermin sapphire melengkung mengikut kelengkungan casing. Cerminnya mempunyai lapisan anti-reflektif yang memberikan biasan kebiruan dengan pantulan cahaya. Buatannya kemas & berkualiti tinggi. 


 Jarumnya dibuat unik. Dial berdekorasi & chapter ring yang timbul serta hour marker yang timbul memberikan rupa 3D kepadanya. Dengan paparan tarikh berkembar (twin date) yang besar itu serta sub-dial 2 saiz memberikan rupa yang cukup eksklusif. Hour marker & jarum itu mempunyai berluminous dengan kebiasaan cahaya Citizen adalah berwarna biru. Cantek!

Yang paling menarik mengenai fungsinya..... ia adalah model PERPETUAL CALENDAR yang tidak memerlukan kita adjust tarikhnya pada setiap bulan. 


 Crown diapit dengan 2 push button yang mempunyai fungsi tersendiri. 


 Tali kulit original didatangkan dengan deployant clasp yang menambahkan keistimewaannya serta mampu memanjangkan hayat tali kulit itu.


Caseback yang dibuat licin ini serta sedikit melengkung ke bawah mampu memberikan keselesaan yang sewajarnya kepada pemakainya. Berdasarkan nombor siri, ia dikeluarkan pada September 2008.


Jenama: Citizen
Model: BT0070-01A
Casing: 
  • Stainless steel.
  • Diameter 44mm (tidak termasuk crown)
Movement: Eco-Drive Calibre E310
Tali: Tali kulit
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.



Buzz Mecanique

 Buzz... nama yang agak baru pada aku. Tak pasti bila keluarannya & tak pasti sejarahnya camno sebab google tak jumpa. Jenama ini dikatakan dari Germany. Tapi rasanya namanya saja didaftarkan di Germany, namun dibuat jam tersebut di China. 


 Design jam ini cantik & merupakan jam dress yang menarik juga sebenarnya. Saiznya agak besar....anggaran lebih kurang 45mm (tidak termasuk crown).


 Dial putih & mempunyai paparan yang besar. Bahagian tengahnya mempunyai dekorasi, menjadikannya cantik dipandang. 


 Tali kulit berkeadaan baik & memuaskan. Caseback dengan cermin yang menampakkan movement menambahkan seri pada jam ini... sepertimana kebanyakan jam buatan Germany kini.


Movement automatik dengan dekorasi perlage agak baik buatannya. Ianya berfungsi dengan baik & memuaskan.



Jenama: Buzz
Model: Mecanique
Casing: 
  • Stainless steel.
  • Diameter 45mm (anggaran)
Movement: Automatik 
Tali: Tali kulit
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.
Harga: - SOLD -

Seiko SKX007.... Bond.... James Bond.....

 Model diver Seiko yang tidak asing lagi... SKX007 atau lebih popular dengan panggilan Bond ini sangat popular sehinggakan ia masih dikeluarkan sehingga hari ni sejak pengeluaran pertamanya pada 1996. Pelbagai variasi siri SKX dikeluarkan.


 Designnya ringkas, sporty, solid construction serta penggunaan movement 7S26 yang sangat reliable menjadikannya sangat popular & menjadi pilihan ramai collector. Ramai yang menganggapnya sebagai the real tool watch & the perfect watch!



 Dial ringkas dengan hour marker yang besar serta jarum yang besar memudahkan pembacaan waktu dilakukan dengan baik & jelas. Warna luminous padanya yang putih memberikan cahaya berwarna hijau & terang di dalam gelap.


 Bracelet jubilee solid walaupun rasa longgar sebenarnya ia sangat selesa di tangan.


Tahun pengeluaran jam ini ialah pada September 2008. Keadaan jam sangat memuaskan hati & kelihatan seperti baru. 



Jenama: Seiko
Model: SKX007
Tahun: September 2008
Casing: 
  • Stainless steel.
  • Diameter 42mm (tidak termasuk crown)
Movement: 7S26
Tali: Bracelet original
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.
Harga: - SOLD -


NEW OWNER: En. Zahir, Perlis

Tuesday, February 22, 2011

Preview.... layan dulu ye....

 Ini adalah jam-jam kawan yang bakal dilepaskan... 


 Semua tu akan dijual... tidak termasuk Sinn.... Namun menurut tuannya, kemungkinan ia juga akan dilepaskan... cumanya mungkin bukan sekarang...

Layan gambar dulu ye... nanti aku cerita setiap satunya....