Wujudnya blog ni adalah untuk berkongsi minat bersama anda. Mungkin ada di antara anda yang meminati antara koleksi jam & aksesori yang ada di sini. Sudi-sudikanlah untuk menghubungi aku jika ada yang berminat
Jam dengan rupa skeleton ini nampak sangat cantik & menarik. Sangat sesuai dipakai secara casual. Nampak mahal pula tu. Tali kulit ditukar baru dari jenama Whale kerana tali originalnya adalah berkualiti rendah.
Cermin mineral yang cembung memberikan reflektif yang berbeza apabila terkena cahaya. Subdail yang banyak itu nampak seperti jam chronograph.
Dari tepi nampak macam button jam chronograph.
Casing stainless steel sangat sempurna tanpa calar. Tuannya memang jaga elok.
Dengan view ni boleh nampak dail skeletonnya itu dengan jelas. Dail dibuat dengan cukup cantik & kemas. Subdail pukul 3 adalah tarikh. Subdail pukul 6 adalah masa 24 jam & subdail pukul 9 adalah hari. Jarumnya berwarna biru sangat cantik dipandang. Nama Carlo Cardini nampak floating disebabkan ia dicop di bahagian bawah cermin.
Caseback dengan exibitionglass menampakkan enjinnya yang cantik itu. Dekorasi enjin dibuat dengan cantik sekali. Sangat sesuai dengan rupa skeletonnya itu.
Jenama: Carlo Cardini Model: Day-date. Bukan chronograph ye. Buatan:Itali Movement:Automatik & kunci. Casing:Stainess steel Tali:Kulit Kondisi: Sangat sempurna. Very good.
Keterangan:
Jenama ini adalah jenama fesyen/butik dari Itali. Kondisi jam sangat sempurna menepati waktu.
Tuan jam nak jual atas sebab hilang minat terhadap jam baru. Lebih meminati jam lama sekarang ni. Jam ni sangat jarang dipakai.
Montelier... satu jenama yang sangat jarang dijumpai kini. Siapa sangka, ia adalah buatan Swiss.
Nampak tak kelainan pada jam ni?
Bersaiz boy size, namun jam vinvate ini adalah jam lelaki. Jam vintage memang macam tu.
Cermin akrilik masih berkeadaan baik. Dail matt black mempunyai kontra yang baik sekali dengan warna putih jarum & marker.
Dari tepi boleh nampak cermin akrilik di kedua-dua bahagian jam.
Casing akrilik berkeadaan baik sekali.
Enjin kunci dengan 15 jewels ini berfungsi dengan baik sekali. Caseback telah ditukar akrilik untuk mempamerkan enjinnya itu. Nampak sangat cantik & sangat berlainan sekali dari kebanyakan jam. Teringin nak buat camni, tapi takda jam yang bersesuaian lagi. Jam ni akan dijual bersama-sama caseback original. Banyak jam vintage tuannya tukar caseback begini. Semua Omega miliknya dibuat begini. Idea yang cukup bagus untuk jam yang tiada caseback & untuk mengembalikan wajah ceria padanya.
Sekali imbas serupa dengan adiknya Seiko 6139. Dua kali imbas baru nampak perbezaannya.
Caseback skru tertera nombor enjinnya 7016-8001. Jam tahun 1980an ni masih memberi masa yang baik.
Perbezaan jam ni terletak pada enjinnya & juga jarum pada subdail. Subdail jam ni mempunyai 2 jarum padanya. Jarum merah subdail memberikan masa minit & putih memberikan masa jam. Namun jarum jam (putih) & saat chrono kadang-kala tidak tepat pada pukul 12. Jarum minit (merah) tidak ada masalah. Jam ni perlu diservis untuk betulkan jarumnya.... tapi bacaan waktu semasanya adalah baik sekali. Cermin akrilik cembung, masih original.
Apa yang dimaksudkan dengan flyback? Tidak seperti 6139, buttonreset 6139jika ditekan semasa mode chronograph tidak akan memberikan apa-apa kesan. Kena stop & reset... barulah jarum saat kembali ke pukul 12. Namun pada jam ni (7016), jarum saatnya akan kembali ke pukul 12 apabila ditekan & bergerak semula. Jarum saat akan reset & kembali bergerak setiap kali button ditekan. Apabila button stop ditekan & kemudian button reset ditekan... barulah jarum saat kembali pukul 12 & tak bergerak.
Perhatikan perbezaannya. Sebelah kanan adalah Seiko Helmet 6139. Sama tapi tak serupa. Satu rare (Helmet) & satu lagi sangatlah rare. Jam ni lebih rare dari Seiko "Monaco" version.
Kedua-dua button chronograph berkeadaan sempurna.
Casing stainless steel masih berkeadaan elok.
Enjin bersih & lancar pergerakannya. EngravingSeiko & nombor enjin warna merah jarang dijumpai pada jam Seiko.
Holder ring jam ni hilang. Tuan jam gantikan dengan ring plastik (putih). Kreatif juga. Sebab tanpa ring ni, enjin akan longgar & bergegar dalam casing.
Seiko chrono 6139 mempunyai pelbagai versi. Bukan saja warna dail yang pelbagai malah casing juga berlainan & dengan nama yang tersendiri.
Menggunakan enjin yang sama iaitu 6139 walaupun bentuk jam ni ada pelbagai. Keadaan jam masih cantik.
Sisi casing masih cantik & sempurna. Calar adalah perkara biasa untuk jam lama camni.
Crown berkeaan sempurna & tersimpan rapi. Nak adjust masa pun tak susah dengannya. Kedua-dua button chronograph berkeadaan sempurna.
Keadaan jam sempurna & cantik.
Cermin akrilik cembung berkeadaan baik. Senang nak jaga cermin jenis ni. Kalau calar pun senang nak hilangkan calar tu.
Dail gold masih sempurna walaupun terdapat sedikit kesan tua. Marker timbul & semua jarum masih berkeadaan baik. Jarum chronograph tepat pukul 12. Kalau reset, kedua-dua jarum balik ke pukul 12 dengan baik sekali.
Caseback skru dapat dibuka dengan mudah. Tiada kesan pengoksidaan padanya.
Enjin sangat bersih.
Movement6139 dengan 17 jewels ni sangat bersih. Tapi pergerakannya sangatlah laju. Kena servis. Fungsi chronograph berfungsi dengan baik dengan kedua-dua jarum, saat & subdail tepat pukul 12.
Jenama:Seiko Model:Chronograph Tahun:1970an Casing:Stainless steel dengan diameter 37mm. Movement:6139. 17 jewels. Tali:Kulit Kondisi:Pergerakan jam sangat lancar & chronograph berfungsi baik, tapi perlu servis sebab pergerakan masa sangat laju.
Keterangan:
Jam ni perlu diservis disebabkan masanya yang laju. Sebenarnya jam ni aku pernah hantar untuk servis. Tapi setelah lebih kurang 4 bulan di kedai jam, jam ni tak disentuh pun oleh tukang jam aku sebab dia ada terlalu sibuk dengan jam yang banyak untuk diservis. Tak larat dah aku nak tunggu, aku ambil balik & jual kepada yang berminat.
Aku memang seorang peminat jam. Kalau ada sesiapa yang punya minat yang sama, sudi-sudikanlah kongsi dengan aku. Sekiranya ada apa-apa kesilapan fakta dalam blog aku, bagitau aku. Insyaallah aku akan betulkan.
Kepada yang berminat bolehlah hubungi aku melalui email ataupun telefon. Nak deal dengan SMS pun takda masalah.
Email:kedaiduniajam@gmail.com
Telefon: 010-3759654 (Asmar)
Harga yang ditawarkan adalah termasuk penghantaran.
Status
Preview = Untuk tatapan.
Available =Jam masih ada dalam simpanan & untuk dijual.
Offer =Harga tawaran. Last price yang aku bagi untuk jam tu.
Hold =Pembeli mohon untuk disimpan untuk suatu jangkamasa. Kalau takda apa-apa respond @ ada buyer lain nak, aku akan tanya semula pembeli potensi pertama. Kalau takda respon juga & buyer ke2 confirm nak beli... jam akan dijual kepadanya. Kiranya siapa cepat dia dapat la.
Booked =Pembeli telah booking jam dengan pemberian deposit.
Yeay.. I'm The Lucky Four!!
-
Syukurnya... buat pertama kali daku memenangi giveaway. Dalam 32 peserta yg
menyertai giveaway miezcraft saye lah 4 peserta yang bertuah itu..
thehehee.......