Sunday, November 18, 2012

Casio PHYS STR-300 (NOS)


Ia merupakan model jam sukan (sport). Saiznya tidak terlalu besar mahupun terlalu kecil membuatkannya sesuai dipakai oleh lelaki & perempuan.


Keadaan jam masih baik. Tulisan CASIO, ADJUST & MODE kehitaman sedikit. Bahagian lain masih baik. Cermin tiada calar & keadaan casing sempurna.


Diameter casing: 35.5mm
Panjang dari lug ke lug (atas-bawah): 48mm

Terdapat 5 push button pada jam ini.
- 2 di bahagian atas
- 2 di sebelah kiri
- 1 sebelah kanan (warna oren)



Keadaan casing masih baik & memuaskan. Ia sesuai digunakan ketika bersenam memandangkan ia mempunyai fungsi bunyi berjeda yang berfungsi sebagai panduan untuk kita melakukan senaman mengikut rentak (pace) yang sekata sepertimana yang kita mahukan. Buku manual disertakan bagi memudahkan penggunaan. 


Tali yang digunakan merupakan tali aftermarket.


Display utama tertera:
  • Masa (penomboran paling besar di tengah)
  • Tahun (atas)
  • Hari & tarikh (bawah)


Fungsi & features:
  • Stop watch
  • Recall data simpanan dari penggunaan stop watch (60 memori)
  • Timer
  • Pacemaker
  • Alarm (5 setting)
  • Dual time
  • Lampu LED
  • Water resistant 50 meter.


Caseback mana-mana Casio dari dulu hingga kini memaparkan info yang lebih kurang sama. 
STR-300 merupakan modelnya. Manakala nombor dalam kotak segiempat itu pula merukakan nombor module yang digunakannya. Paparan begini memudahkan kita mengetahui model & module dengan cara yang mudah.


Maklumat lanjut mengenai jam ini terdapat pada link di bawah:


JENAMA: Casio

MODEL: PHYS STR-300

TAHUN: tak pasti

STATUS: New Old Stock (NOS)

KONDISI: LNIB. Buku manual disertakan. Tiada kotak.

KETERANGAN:
Jam baru stok lama. Tidak pernah digunakan.
Berfungsi dengan sangat baik.

Fungsi & features:
  • Stop watch
  • Recall data simpanan dari penggunaan stop watch (60 memori)
  • Pace Signal & Distance Calculation
  • Timer
  • Alarm (5 setting)
  • Dual time
  • Lampu LED
  • Water resistant 50 meter


MODULE: 2575

CASING:
  • Resin dengan stainless steel (SS) caseback. 
  • Diameter: 35.5mm
  • Panjang dari lug ke lug (atas-bawah):48mm
  • Cermin: plastik cembung

TALI/BRACELET: Getah aftermarket.

HARGA: -SOLD-


NEW OWNER: En. Rusli Panjang