Tell... suatu lagi jenama Swiss yang jarang sekali dengar. Tengok-tengok model
chronograph terus.

Model
vintage chronograph selalunya mempunyai persamaan samada pada dail mahupun subdail. Ada yang enjin yang berlainan & ada juga yang guna enjin sama... namun pada waktu itu,
influence ciri-ciri dari jenama lain adalah kebiasaan. Bukan saja model
chronograph, model-model lain juga turut mempunyai persamaan antara jenama.

Ukuran anggaran saiznya boleh dibandingkan dengan duit syiling 50 sen ini.

Dail mempunyai kesan penuaan yang kebiasaan kepada model
vintage Swiss. Itulah yang menampakkan klasiknya jam ini.

Jam tampak anggun dalam banyak pandangan.
Button chronograph dapat ditekan dengan baik sekali tanpa rasa takut tercabut atau tenggelam terus.

Keadaan sisi masih memuaskan.

Jam ini tak mahu cerita banyak.... hanya maklumat ringkas tertera pada
caseback. Perlu guna pisau untuk membukanya.

Keadaan enjin bersih & berfungsi dengan baik.

Aku memang cukup suka belek enjin jam
chrono. Nampak begitu
complicated.
Jenama: Tell
Buatan: Swiss
Tahun: Tak pasti
Movement: Winding
Tali: Kulit terpakai
Kondisi: Terpakai