Orient Mako II merupakan model selepas Mako. Diambil sempena nama jerung Mako, ia merupakan model dalam kategori diver. Hakikatnya ia bukanlah model scuba diver. Tetapi lebih kepada model sports dengan keupayaan kalis air 200m. Namun, ciri-ciri diver ada padanya.
Design jam cantik & sangat sporty. Pembelian jam ini didatangkan dengan kotak asli berserta warranty yang masih berbaki lebih kurang 6 bulan. Tarikh yang tertera adalah tarikh pembelian jam ini.
Warna oren yang terang & garang. Sangat striking walau dari jauh. Agak sukar untuk didapati Mako II berdail oren. Kebanyakan kedai hanya menjual dail hitam & biru. Saiz casingnya besar berdiameter 45mm (tidak termasuk crown) & mempunyai saiz lug 22mm.
Crown jenis screw-down dapat diputarkan dengan mudah sekali. Push-button di atasnya adalah untuk mengubah harinya. Bezel dapat diputar sehala dengan putaran sebanyak 60 klik dengan mudah.
Emblem Orient sangat kemas buatannya & binaan kotak penunjuak hari juga kemas.
Jam ini adalah rated 200 meter. Ia bukanlah jam untuk scuba diving. Tapi aktiviti melibatkan air sesuai dengannya seperti berenang, snorkeling.... tapi bukan scuba diving.
Keadaan sisi casing memuaskan & berkilat buatannya,
Bracelet solid mempunyai brushed finishing di bahagian atas & polished finishing di sisinya. Keseluruhan bracelet memuaskan tanpa calar yang ketara.
Mempunyai fold-over clasp dengan push-button seperti kebanyakan jam & ia juga disertakan juga dengan safety lock. Logo Orientengaraved dengan sangat kemas. Hanya terdapat sedikit calar pada clasp.
Caseback jenis skru masih berkeadaan baik. Hanya terdapat sedikit calar akibat terkena bracelet.
Citizen Eagle 7.... suatu model Citizen yang telah lama wujud. Sehingga kini ia masih dapat diterima dalam pasaran. Harganya sangatlah berbaloi untuk suatu jam automatik. Jam ini didatangkan dengan kotak asli.
Dail dengan dua tona sangat bersih. Jarum & marker dengan warna keemasan memberikan sentuhan istimewa kepadanya.
Harga baru jam ini rata-ratanya lebih kurang sama dengan harga pada tag harganya. Keseluruhan jam sangat memuaskan. Diameter casing adalah 37mm & mempunyai saiz lug 20mm.
Cermin mineral flat, tiada kesan calar. Bezel smooth dengan sentuhan polished finishing. Bahagian atas casing adalah brushed finishing & sisinya adalah polished finishing.
Keadaan sisi casing sangat memuaskan tanpa calar.
Clasp jenis klip masih berkeadaan sangat baik. Keadaan bracelet sangat baik.
Movement dengan 21 jewels yang memacunya meluncur dengan cemerlang. Seperkara yang menarik dengan movementCitizen ialah ia boleh dikunci. Untuk jam automatik dengan harga ini mempunyai fungsi ini sangatlah berbaloi.
Jam ini sebenarnya jam yang aku order untuk kawan aku. Lepas order, dia tak mau jam ni. Dia berkenan model lain. Jam didatangkan tanpa kotak asli & tanpa buku panduan. Fungsi dia tak susah pun jadi tak perlu buku panduan pun tak apa. Tapi aku dah dapatkan manual untuk jam ini. Pembelian akan disertakan manual dalam bentuk CD.
Jam cukup cantik. Dail biru gelap mempunyai tekstur yang cukup cantik. Twin date indicatoryang cukup besar & jelas di bawah marker pukul 12. Tarikh tak perlu diubah kerana jam ini adalah model perpetual calender yang tepat sehingga tahun 2100. Terdapat subsecond pada pukul 6 & dail 24 jam di pukul 9.
Bracelet cukup solid & sangat selesa di tangan. Push button clasp sangat kemas & buatanbracelet sangatlah kemas.
Jam masih mempunyai tag harga yang tertera harga jualan USD475. Harga pasaran jam ini di Malaysia, rata-ratanya lebih kurang RM1800. Harga yang aku letak jauh lebih rendah & boleh runding.
Orkina KC097 merupakan jam terawal aku miliki dalam perjalananku menyelami dunia jam.... Jam ini berfungsi dengan sangat cemerlang tanpa sebarang masalah. Jam ini akan dilepaskan bersama-sama beberapa lagi koleksi peribadi aku.... nak kurangkan sedikit koleksi yang sedia kurang.
Aku preview dulu & boleh tengok gambar lain & review jam ni pada link di bawah
Authentic CRISTIAN DIOR Girly Boston Bag
-
RM 360
Zip closure
Double handles
Exterior CD monogram canvas
One large compartment
Size: W13, H7, D5 inch
Handle drop is opprox. 6"
Made in Italy
In ver...
Flower Headband - Ready Made
-
Salam semua..
Kali ni saya buatkan readymade flower headband
Ada yang versi getah di belakang.
Ada yang versi ribbon. ikat sendiri.
untuk versi getah u...
Kata Kunci Ajaib yang Anda Tidak Ketahui
-
[image: Kata Kunci Ajaib Google yang Jarang Diketahui di Dunia]
Kata Kunci Ajaib Google yang Jarang Diketahui di Dunia
Google merupakan search engine terk...
PERHATIAN.......
-
KEPADA SEMUA RAKAN2 NIAGA DAN PELANGAN ONEXBUNDLE...ATAS SEBAB GAMBAR UTK
UPLOAD KAT BLOG NI DAH FULL.HARAP SEMUA DAPAT MASUK KE BLOG BARU SY
WWW.ONEXBUNDL...