Thursday, May 13, 2010

Orient Mako II CEM75001MW

Orient Mako II merupakan model selepas Mako. Diambil sempena nama jerung Mako, ia merupakan model dalam kategori diver. Hakikatnya ia bukanlah model scuba diver. Tetapi lebih kepada model sports dengan keupayaan kalis air 200m. Namun, ciri-ciri diver ada padanya.



Design jam cantik & sangat sporty. Pembelian jam ini didatangkan dengan kotak asli berserta warranty yang masih berbaki lebih kurang 6 bulan. Tarikh yang tertera adalah tarikh pembelian jam ini.



Warna oren yang terang & garang. Sangat striking walau dari jauh. Agak sukar untuk didapati Mako II berdail oren. Kebanyakan kedai hanya menjual dail hitam & biru. Saiz casingnya besar berdiameter 45mm (tidak termasuk crown) & mempunyai saiz lug 22mm.



Crown jenis screw-down dapat diputarkan dengan mudah sekali. Push-button di atasnya adalah untuk mengubah harinya. Bezel dapat diputar sehala dengan putaran sebanyak 60 klik dengan mudah.



Emblem Orient sangat kemas buatannya & binaan kotak penunjuak hari juga kemas.



Jam ini adalah rated 200 meter. Ia bukanlah jam untuk scuba diving. Tapi aktiviti melibatkan air sesuai dengannya seperti berenang, snorkeling.... tapi bukan scuba diving.



Keadaan sisi casing memuaskan & berkilat buatannya,



Bracelet solid mempunyai brushed finishing di bahagian atas & polished finishing di sisinya. Keseluruhan bracelet memuaskan tanpa calar yang ketara.



Mempunyai fold-over clasp dengan push-button seperti kebanyakan jam & ia juga disertakan juga dengan safety lock. Logo Orient engaraved dengan sangat kemas. Hanya terdapat sedikit calar pada clasp.



Caseback jenis skru masih berkeadaan baik. Hanya terdapat sedikit calar akibat terkena bracelet.

Untuk bacaan lanjut mengenai jam ini, sila layari:
http://duniajam.blogspot.com/2010/01/jerung-jepun-menyerang-utara_07.html




Jenama: Orient
Model: Mako II CEM75001MW
Movement: Automatik. 21 jewels. Bertindak cemerlang & menepati masa.
Bracelet: Original. Berkeadaan baik.
Saiz:
  • Diameter: 45mm (tidak termasuk crown)
  • Lug: 22mm
Water resistant: 200 meter
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.


NEW OWNER: En. Mohd, Ipoh