Monday, December 20, 2010

Jeep Chronograph - RARE MODEL

 Jeep.... suatu jenama butik yg sangat jarang kita jumpa model jamnya. Keluaran syarikat Chrysler yang mengalami masalah kewangan yang sangat serius... Dari maklumat yang aku dapat.... keluaran jam Jeep telah pun dihentikan.


 Ia didatangkan dengan kotak kayu yang sangat menawan & kemas buatannya.


 Keadaan jam sangatlah memuaskan & dengan spec yang ada pada jam ni sekiranya ia berjenama Swiss sudah tentu harganya diantara RM5k walaupun ianya quartz.


 Mempunyai fungsi chronograph, casing titanum & cermin sapphire. Ia juga kalis air sehingga 100m.


 Bracelet stainless steel solid berkeadaan baik. Dalam pelbagai sudut jam tampak anggun & tampan.. menyerlahkan kegagahan si pemakainya.


 Designnya mengingatkan kita jenama Bell&RossBracelet boleh dibuka dengan membuka skru pada lug & mengenakan tali kulit. Rupanya sangat segak dengan tali kulit.


Jam ini juga menggunakan teknologi pencahayaan trigalight microtec-H3 yang berkeupayaan bercahaya secara sendiri tanpa perlu kepada pendedahan cahaya. Ia mempunyai half life sehingga 20 tahun. Bermaksud, dalam masa 20 tahun keterangan cahayanya adalah sekata & selepas itu keterangannya berkurangan kepada separuh.

- SOLD to En. Fawwaz, WP -