Thursday, January 6, 2011

Timex Ironman Triathlon Shock Resistant

Logo ini merupakan logo official bagi sukan Ironman. Timex dengan kerjasama Ironman berjaya menghasilkan jam khas untuk sukan tersebut & logo ini digunapakai dalam jam mereka.


Ia merupakan siri keluaran lama Timex Ironman yang kini sudah tiada di pasaran. Model terbaru Ironman kini mempunyai design yang berbeza. 


Design yang telah dipatenkan ini sudah tiada lagi di pasaran & akan menjadi klasik suatu hari nanti. 


Ia mempunyai fungsi-fungsi asas yang memadai untuk sukan Ironman. Ia juga mempunyai memori sebanyak 8 data lap untuk sukan itu. Penomborannya sedikit berlainan berbanding model lamanya. Dalam sudut tertentu, LCD kelihatan cantik dengan latar belakang yang berwarna hijau.


Lampu Indiglo merupakan inovasi terawal yang mereka ketengahkan & ia dijawab oleh Casio dengan lampu Illuminator.


Kelabihan model ini ialah ia merupakan keluaran dengan shock resistant yang aku rasa merupakan jawapan kepada keluaran G-Shock suatu ketika dulu. Bezel hitam itu dirasakan seperti getah sepertimana mana-mana model G-Shock.


Kelebihan lain, ia mempunyai rating kalis air sedalam 200m... Berbeza dengan model Ironman yang lain yang hanya mempunyai rating 100m kedalaman.


Keadaan casing sangatlah memuaskan. Cermin tiada calar. Hanya terdapat 1 dot celaan pada kawasan lug. Ianya berfungsi dengan cukup baik & caseback langsung tidak pernah dibuka. 


Tali originalnya merupakan tali kanvas dengan sistem ikatan velcro. Jam ini sangat-sangat jarang di pakai & berkeadaan seperti jam baru.


Ini merupakan review mengenai jam ini yang diambil dari Youtube.


Spec:
  • Kalendar
  • Alarm
  • Stopwatch (memori 8 lap)
  • Timer (3 jenis)
  • Water resist 200 meter
  • Shock resistant

Jenama: Timex
Model: Ironman Triathtlon Shock Resistant
Tali: kanvas + velcro original
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.
Harga: -SOLD-




New Owner: Cikgu Sazali, Sarawak