Wednesday, September 29, 2010

Q&Q Leaf-Fit automatik


Jarang sekali untuk kita jumpa model Q&Q automatik. Disebabkan rata-rata kedai menjual model quartz & model automatik ini sukar didapati, tidak hairan jika ramai tidak mengetahui kewujudannya, malah seller kedai jam pun tidak tahu kewujudan model automatik Q&Q.

Jam Q&Q boleh dikatakan popular juga kerana mendapat sambutan yang menggalakkan. Mungkin kerana dek harganya yang sangat mampu milik, ianya menjadi pilihan mereka yang baru berjinak dengan memakai jam, dijadikan sebagai hadiah ataupun menjadi pilihan mereka yang inginkan jam yang tahan & setanding dengan harganya.

Mereka mempunyai banyak model dengan pelbagai complication. Ramai yang tidak mengetahui bahawa Q&Q adalah syarikat dibawah Citizen.




Q&Q yang dipaparkan ini mempunyai persamaan dengan Rolex. Banyak jenama menawarkan bentuk seumpama Rolex ini. Keadaan jam ini sangatlah memuaskan & ia dijaga dengan cukup rapi.




Dial hitam sangat bersih & mempunyai dot lume di setiap marker. Q&Q? .... Biasa tengok..... Automatik?.... tak biasa bro.....




Casing stainless steel dengan polished finishing di sisi berkeadaan baik tanpa calar. Hampir macam jam baru hendaknya. Diameter casing ialah 36mm (tidak termasuk crown).




Caseback jenis skru memberikan sealed yang sempurna. Bracelet tak solid jenis jubilee memberikan pemakaian yang cukup selesa & sesuai dgn rupanya itu.




Ia dipacu dengan movement Miyota yang terbukti tahan & reliable. Miyota adalah sebahagian dari syarikat Citizen & mereka banyak menghasilkan banyak movement dengan pelbagai complication yang banyak digunakan oleh jenama-jenama lain.

Layari MIYOTA untuk maklumat lanjut tentang movement mereka. Lihat sahaja pelbagai jenis movement yang ada samada automatik ataupun quartz.




Movement mempunyai 21 jewels menawarkan kelebihan winding yang tidak dimiliki oleh Seiko & Orient. Movement bertindak dengan cukup cemerlang & sangat bersih.



Jenama: Q&Q
Model: Leaf-Fit
Tahun: Tidak pasti
Movement: Miyota
Tali: Bracelet original
Kondisi: Terpakai. Sangat Memuaskan. Masih macam baru.
HARGA: SOLD


NEW OWNER: En. Khairudin, Perlis.