Wednesday, November 3, 2010

Longines winding

Vintage menunjukkan suatu yang lama & Longines ni memenuhi tuntutan vintage tersebut. 



'Bermain' jam vintage tidak seperti bermain jam baru. Cara penjagaannya berbeza & perlu lebih penjagaan berbanding jam baru. Hanya mereka yang meminati faham akan kehendaknya. 



 Keadaan jam ini masih memuaskan jika dibandingkan dengan umurnya itu yang hampir 50 tahun. Cermin cembung akrilik berkeadaan baik. Keseluruhan jam adalah original kecuali talinya. Putaran crown lancar & mudah untuk dikendalikan.



Emblem Longines timbul & dial berkeadaan baik walaupun sudah dimamah usia. Detikan jarum sangat lancar tanpa sekatan... boleh leka sejenak memehatikan sususan langkah perjalanan masanya dengan jarum saat dengan rupa anak panah di hujungnya itu.



 Saiznya nampak sasa & sangat segak dipakai.



Caseback jenis snap on. Malangnya aku tak dapat buka untuk melihat jantungnya. Tuannya jamin movement kunci keseluruhannya adalah original...


Jenama: Longines
Tahun: 1960an
Casing: Gold plated
Movement: Kunci (winding)
Tali: Kulit. Bukan ori.
Kondisi: Terpakai
Harga: -SOLD-

Jam ini adalah milik kawan aku... untuk maklumat lanjut & rundingan sila hubungi beliau.

Sila hubungi: 
En. Sanusi 012-5619666