Sunday, November 21, 2010

Tudor Oysterdate

Tudor adalah jenama hasil ciptaan pengasas Rolex sendiri iaitu Hans Wilsdorf. Boleh dikatakan Tudor adalah adik kepada Rolex. Boleh lihat banyak DNA Rolex dalam jam-jam Tudor contohnya seperti jam ini. Tudor mula diasaskan pada tahun 1946 selepas 41 tahun Rolex mula dipasarkan. Lahirnya Tudor sebagai anak syarikat Rolex adalah untuk memberikan peluang kepada pecinta jam untuk memiliki jam berprestij dengan harga yang lebih kompetitif berbanding Rolex yang jauh lebih tinggi harganya. 


Sepertimana Rolex Oysterdate... Tudor Oysterdate mempunyai persamaan dengan abangnya itu. Jika diletakkan Rolex sebelahnya pun, sekali imbas kita akan nampak persamaannya & dari mana asalnya.


Keadaan jam ini sangat memuaskan & masih berkeadaan baik.


Dial berkeadaan baik & masih original tanpa sebarang touch up.


Ia bersaiz medium... boleh dibayangkan dengan adanya syiling 50 sen itu.


Selain casingnya yang dibuat oleh Rolexcrownnya sendiri juga memang terus dari Rolex.


 Menurut kawan aku, bracelet bukanlah original.


ORIGINAL OYSTER CASE BY ROLEX GENEVE...... tidak perlu diulas lagi... memang terang lagi jelas maksudnya.... hehe... Caseback tak dapat dibuka kerana tidak bawa pembuka khasnya. Movementnya adalah dari ETA.... Itu salah satu perkara besar yang membezakan Tudor dengan Rolex & itu jugalah yang membezakan harga kedua-duanya. 


Jenama: Tudor
Model: Oysterdate
Tahun: 1960an
Casing: Medium
Movement: Automatik.
Tali: Bracelet tak original
Kondisi: Terpakai