Monday, November 14, 2011

Levi's Copper LTD1001

Levi's.... suatu jenama yang tidak asing lagi di dunia. Jenama yang kuat dengan produk jeans ini juga turut mengeluarkan produk-produk lain. Salah satu contoh produk lain ialah jam tangan.


Jenama fesyen/butik yang mengeluarkan produk jam tangan merupakan senario biasa dalam pasaran jam. Jam tangan yang mereka hasilkan seiring dengan DNA sesuatu jenama itu & contoh terbaik ialah jam Levi's ini yang menampilkan rupa yang seakan produk jeans mereka.


Ia merupakan suatu jam yang cantik & cukup kemas buatannya. Bentuk casing yang agak radikal ini menampilkan rupa & binaan seperti seluar jeans mereka.


Buatannya berkualiti tinggi. Menggunakan stainless steel yang solid. Ianya mempunyai sentuhan brush finished di keseluruhan casing. Pemakaiannya cukup selesa jika dibandingkan rupanya yang besar itu.


Ia mempunyai 2 crown di mana hanya satu sahaya yang bertanda.


Dalam banyak sudut, memberikan rupa yang cantik & unik.


Penampilannya tampak lebih unik dengan paparan 2 penunjuk waktu. Bermaksud ia menggunakan 2 movement yang berlainan dimana kedua-duanya adalah dari Miyota.


Tiada jarum saat padanya. Jarumnya mempunyai luminous di bahagian yang berwarna putih itu.


Pada penunjuk waktu ini. Ianya berlainan sedikit dengan penampilan jarum jam & minit berwarna hitam seakan-akan tidak kelihatan serta ia juga mempunyai jarum saat yang berwarna merah.


Seperti kain jeans mereka yang berkualiti tinggi, tali kulitnya juga sangat berkualiti tinggi. Ianya tebal & buatannya berkualiti & cukup kemas.


Caseback di kunci dengan 5 skru di setiap penjuru. Copper merupakan siri jam ini & merupakan model yang agak sukar dijumpai dari mana-mana model lain. Jangan tertipu kerana Levi's juga mempunyai rangkaian produk tiruan yang cukup banyak & jam ini tidak terkecuali. Namun jam ini dijamin original & disertakan bersama kotak jeans yang original.




Jenama: Levi's
Model: Copper
Movement: Miyota quartz.
Tali: kulit original.
Kondisi: Terpakai
Harga: - SOLD -

NEW OWNER: En. Mohd Muzi, Rawang