Sunday, November 13, 2011

Seiko Diamatic 6119-9410


Seiko Diamatic mempunyai kesamaan dengan Omega Dynamic. Ada beberapa jenama lagi yang mempunyai persamaan dengan Omega itu termasuklah Titoni.


Keadaan jam sangat cantik & mulus. Cermin akrilik cembung berkeadaan baik. Diameter casing ialah 38mm.


Dial brown sangat bersih. Hour marker ditandakan pada chapter ring. Warnanya itu serasi dengan casing & tambah harmoni dengan warna brown dial yang tampak cantik apabila berada di tangan.


Jarum berkeadaan baik. Sepanjang berada dalam koleksi, aku belum pernah menyentuh dial. Dial mempunyai satu titik warna merah.


Keadaan casing sangat baik. Mempunyai sentuhan polish finished secara keseluruhan. Bentuk casing sisi yang 'menaik' itu menyumbangkan kepada keselesaan ketika memakainya & merupakan antara jam paling selesa pernah aku pakai.


Seiko bijak dalam 'menyembunyikan' crown di dalam casing. Ia menghasilkan rupa yang unik.


Caseback tidak boleh dibuka. Untuk melihat movement, cermin perlu dibuka. Aku tiada alat untuk membuka cermin, jadi tak dapat nak tunjuk movementnya. 


Bracelet original. Saiz maksimum tangan yang boleh memakainya ialah ukur lilit 6.5 inci.



Jenama: Seiko
Model: Diamatic
Tahun: Disember 1970 
Movement: 6119. Automatik
Tali: bracelet original.
Kondisi: Terpakai
Harga: - SOLD -




NEW OWNER: En. Mohd Suhaimi, Perak