Friday, November 25, 2011

Omega Constellation Chronometer

Ini adalah suatu Omega Constellation yang istimewa. Ianya cantik & saiznya juga adalah besar. Keseluruhan jam ini menampailkan rupanya menawan. 


Dial original & jarum berkeadaan asal tanpa sebarang sentuhan. Cermin berkeadaan baik & adalah jenis mineral.


Dial patina menambahkan seri ia sebagai jam vintage. Dial berwarna silver dengan brushed finished berkeadaan baik dengan tompokan patina itu. Suatu yang istimewa, movementnya mendapat pengiktirafan chronometer oleh COSC.


 Crown original berlogo Omega. Casing berkeadaan masih baik tanpa calar yang ketara. Jarang untuk jam lama berkeadaan sebegini baik.


Lupa nak periksa dengan caliper diameter casing. Dianggarkan lebih kurang 40mm.


 Caseback dikunci dengan 4 skru di setiap penjuru. Movement tak dibuka kerana tiada alat yang aku bawa namun dijamin original oleh tuannya. Timing ok.


Istimewanya lagi ialah pada braceletnya yang juga original. Cantik! Jarang jumpa design bracelet begini.


Pemakaian jam ini sungguh selesa. Sesuai digayakan di mana-mana majlis ataupun ke tempat kerja.


Bracelet jenis solid & hanya beberapa link saja yang mempunyai pin. Perlu menggunakan skru driver untuk membukanya kerana link diikat dengan skru.




Jenama: Omega
Model: Constellation
Tahun: 1970an
Movement: Automatik. Chronometer certified.
Tali: bracelet original.
Kondisi: Terpakai